Patuhlah Arahan Perintah Kawalan Pergerakan

PUTRAJAYA – Ahli Parliimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru orang ramai khususnya warga Putrajaya agar lebih patuh terhadap arahan kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Katanya, langkah tersebut dibuat oleh kerajaan tidak lain dari semata-mata untuk menjaga keselamatan dan nyawa rakyat berikutan penularan virus COVID-19.

Ekoran penularan pandemik Covid-19 semakin berleluasa, kerajaan pada Isnin lalu memutuskan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, mulai 18 Mac hingga 31 Mac ini yang meliputi seluruh negara. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: