BeritaRencana

Rakyat Putrajaya Hargai Usaha Ketua Kampung, Sentiasa Bersama

PUTRAJAYA – Warga Putrajaya melahirkan penghargaan dan kesyukuran terhadap usaha berterusan Ahli Parlimennya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam membantu rakyat bersama mendepani hari-hari mendatang.

Setelah hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tentunya kesan secara langsung amat dirasai apabila PKP membataskan pergerakan termasuklah hal-hal membabitkan barangan keperluan harian.

Tengku Adnan yang lebih sinonim dengan panggilan ‘Ketua Kampung’ dikalangan masyarakat Putrajaya telah menyalurkan bantuan secara berkala membabitkan barangan keperluan harian seperti beras, sardin, ikan, ayam, roti, biskut, gula, kopi dan macam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, keperluan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk para petugas di hospital Putrajaya juga turut dilaksanakan selain petugas barisan hadapan yang sentiasa mendapat perhatian beliau.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha yang baik dan merahmati rakyat semua. – UMNOPutrajaya