Berita

Salam Nisfu Saaban, Semoga Allah SWT Berkati Kita

PUTRAJAYA – Kedatangan Nisfu Syaaban disambut dengan penuh kesyukuran biarpun hari ini rakyat berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak ketinggalan untuk mengucapkan Salam Nisfu Syaaban kepada masyarakat di sini.

“Salam Nisfu Syaaban.Semua amalan dan doa kita diangkat oleh Allah SWT,” katanya.

Kedatangan Nisfu Saaban ini juga menandakan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. – UMNOPutrajaya