Terima Kasih Ketua Kampung, Warga Putrajaya Hargai Sumbangan
PUTRAJAYA – Keprihatinan ‘ketua kampung’ Putrajaya iaitu Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memberikan bantuan pelbagai barangan keperluan kepada rakyat amat dihargai.
Terbaru, sumbangan beras dan ikan kembung dilakukan pada agihan secara langsung melalui Ketua UMNO Cawangan di Putrajaya yang membantu melancarkan agihan kepada rakyat.
Sebelum itu, bantuan barangan keperluan harian berupa makanan seperti, roti, daging, minyak, milo, sardin dan beberapa barangan lain turut diedarkan secara berperingkat.
“Alhamdulillah. Datuk Seri Tengku Adnan wakil rakyat terbaik… Untung penduduk Putrajaya ada wakil rakyat yang sangat prihatin,” kata Raimah Jusoh.
Bagi Fuad Yahya, beliau mengucapkan terima kasih dan mendoakan semoga Allah SWT merahmati Tengku Adnan sekeluarga.
Hal tersebut turut sama dinyatakan oleh Azam Mukhlis yang berkata “Terbaik sekali Ku Nan. Semoga makin dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yang baik dipermudahkan segala urusan oleh Allah .”
“Subhanallah… rezeki yang Allah beri kepada YB tidak lah sia-sia. Semoga kekayaan YB akan diberkati dan menjadi ganjaran diakhirat kelak. Amiin,” luah Ahmad Khusaini Yaacob pula. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.