Berita

Salam Aidilfitri, Raikan Dengan Penuh Kesyukuran

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan keluarga menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam khususnya masyarakat Putrajaya.

Dalam hal ini beliau mengajak semua umat Islam untuk melahirkan kesyukuran atas segala nikmat dan limpah kurnia Ilahi biarpun kali ini sambutan Aidilfitri dalam suasana yang berbeza.

“Alhamdulillah kita dapat melalui Ramadan dalam suasana yang berbeza dan kemudiannya kita raikan Aidilfitri juga dalam normal baharu. Kita serasikanlah diri kita dengan keadaan ini demi masa hadapan kita semua,” katanya dalam ucapan khas sempena Aidilfitri.

Ujarnya, tidak kira dimana berada yang penting pastikan sentiasa patuh pada perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini adalah untuk kita semua agar kita selamat dari wabak COVID-19. Apa yang penting kita terus kekal duduk di rumah dan mensyukuri apa yang kita ada,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya