Berita

Wanita UMNO Putrajaya Tekad Terus Bekerja, Dekati Pengundi Demi PRU-15

PUTRAJAYA – Wanita UMNO Bahagian Putrajaya memperkukuh tekad untuk terus bekerja, santuni rakyat dan dekati pengundi tanpa ada masa untuk memikirkan masa lalu sebaliknya bersiap sedia seolah-olah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan esok.

Dalam hal ini, Ketuanya, Puan Husna Abdul Rahaman telah mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasanya di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, malam tadi.
Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh isteri Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki, gerak kerja diperhalusi agar Wanita UMNO Putrajaya terus mantap.

Kesempatan ini juga digunakan dengan pesanan untuk ahli-ahli Wanita UMNO Putrajaya menjaga serta mengekalkan ukhwah di samping meneruskan kerjasama sedia ada, bukan hanya demi kebaikan parti tetapi juga kebaikan orang Melayu mahupun orang Islam dan juga demi kebaikan masyarakat keseluruhan – UMNOPutrajaya