UMNO Tetapkan Tarikh Mesyuarat Cawangan, Bahagian, Perhimpunan Agung UMNO 25 – 28 Nov

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, selaras dengan kenyataan kebenaran bermesyuarat daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Mesyuarat Pengurusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia yang diadakan pada petang 6/7/20 telah menetapkan bahawa:

• Cawangan UMNO, Wanita, Pergerakan Pemuda & Puteri cawangan yang belum bermesyuarat, bolehlah mengadakannya pada 15/7/20 hingga 31/8/20.

• Jumlah kehadiran ahli mesyuarat perlulah tidak melebihi 250 orang. SOP terperinci boleh disemak di laman web Pendaftar Pertubuhan, ROS iaitu www.ros.gov.my

• Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada 15/9/20 hingga 31/10/20. Kehadiran mesyuarat tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.

• Konvensyen Tahunan UMNO Negeri ialah pada 1/11/20 hingga 23/11/20. Namun negeri yang telah selesai awal mengadakan mesyuarat bahagian, boleh menganjurkan konvensyen lebih awal. Kehadiran jumlah peserta juga tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

• Perhimpunan Agung UMNO di PWTC Kuala Lumpur:

▪25/11/20 (Rabu) Perasmian serentak Wanita, Pemuda, Puteri (sebelah malam)
▪26/11/20 (Khamis) Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda, Puteri
▪ 27 & 28/11/20 (Jumaat & Sabtu) Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, PWTC.
Kehadiran juga tertakluk kepada SOP Kerajaan pada tarikh-tarikh itu.

Jelasnya, surat rasmi pemakluman berhubung tarikh-tarikh berkaitan akan diberi esok. – UMNO Online

%d bloggers like this: