Isu Semasa

UMNO Tak Laku… Surat Terbuka Kepada Dr Latiff

MERSING, JOHOR Surat Kepada Datuk Dr. Abd. Latiff Bin Ahmad
(Mantan Boss)

Mohd. Youzaimi Bin Hj. Yusof
No. 16, Jalan Datuk Onn,
86800 Mersing,
Johor.

08/07/2020
_________

Kepada
YB. Datuk Dr. Abd. Latiff Bin Ahmad,
Menteri Pembangunan Luar Bandar,
Putrajaya

YB. Datuk,

Parlimen Mersing Kubu Kuat UMNO dan Barisan Nasional

Semoga YB Datuk diberikan kerahmatan oleh Allah bagi menjalankan tanggungjawab yang baik kepada bangsa dan negara.

2. Saya mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada YB Datuk sekiranya kehadiran surat ini menggangu kerja2 dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada Datuk. Sebagaimana perkara yang tersebut di atas dan pengajaran yang telah Datuk berikan kepada saya selaku kakitangan Datuk selama lebih 15 tahun berkhidmat kepada Datuk yang Parlimen Mersing ini adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Ini diterjemahkan pada setiap kali Pilihanraya Umum yang berlaku, tidak pernah parti lain selain Parti Keramat UMNO dalam Barisan Nasional memenangi Pilihanraya tersebut dan Datuklah antara wakil rakyat yang telah memenangi kerusi Parlimen Mersing ini selama 4 penggal berturut2 melalui UMNO dan Barisan Nasioanal.

3. Saya berasa sungguh sedih kerana saya sungguh tidak menyangka orang yang selama ini banyak mengajar saya terutama nya dalam politik telah terpesong daripada landasan yang sebenar politik yang baik. Adalah sama sekali tidak patut Datuk sebagai orang yang telah lama dalam UMNO dan Barisan Nasional telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang sangat2 tidak boleh diterima oleh Ahli2 UMNO akar umbi terutamanya di Mersing. Yang pertamanya, Datuk mengatakan dalam ucapan di Felda Tenggaroh 05, Alif Mim Nun Tendang Wau adalah Sarkes. Tidak kah Datuk akui yang selama ini, berapa penggal Datuk mejadi Ahli Parlimen Mersing dan memeganga jawatan Timbalan Menteri dibeberapa Kemneterian adalah hasil dalam perjuangan Parti UMNO dan Barisan Nasional. Yang keduanya, Datuk mengatakakan yang UMNO Sabah tidak laku semasa program Datuk bersama MARA. Pada saya, sememangnya UMNO adalah Parti Keramat ini bukan lah parti yang boleh dijual beli tetapi yang boleh dijual beli adalah Ahli2 Parlimen seperti Datuk, yang mudah ke sana dan ke sini untuk mencari kepentingan diri sendiri yang mana kalau dahulu Datuk sering mengatakan kepada saya waktu itu aebagai kakitangan Datuk, kita wajib setia dan wala kepada Parti UMNO uang keramat ini.

4. Oleh itu, saya menyeru kepada Datuk, sebagai bekas boss saya, berpijaklah di bumi yang nyata dan akuilah yang Parlimen Mersing ini adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Datuk hanya menggunakan sementara sahaja Parlimen ini, menghabiskan waktu term ini dan memang sepatutnya kerusi Parlimen Mersing ini hak UMNO dan Barisan Nasional yang mutlak.

5. Sebagaimana dalam ucapan Datuk di Tenggaroh 03, dihadapan ahli2 UMNO, 2 tahun yang lepas sebelum Datuk melompat ke Parti PPBM yang mana Datuk akan meletakkan jawatan dahulu sebagai Ahli Parlimen Mersing kalau Datuk nak melompat, Datuk kena tunaikan.

Akhir kata, saya memohon maaf jika kedatangan surat ini sekali lagi menggangu Datuk. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Mohd. Youzaimi Bin Hj. Yusof
Ketua UMNO Bahagian Mersing