Cadang Mahkamah Khas Tangani Kebiadapan Rakyat Malaysia Hina Kedaulatan Negara
KEBELAKANGAN ini atas nama kebebasan berkarya dan kreativiti, terdapat segelintir rakyat Malaysia memperlihatkan kebiadapan mereka terhadap Kedauatan Negara ini. Mereka atas nama berkarya dan kreativiti telah mempersendakan Jata Negara. Hal ini menimbulkan reaksi netizen yang umumnya mengutuk perbuatan biadap tersebut.
Kerajaan juga memandang serius berhubung perbuatan penyalahgunaan dan pengubahsuaian Jata Persekutuan tanpa kebenaran. Menurut Kerajaan Malaysia, Individu atau mana-mana pihak yang melanggar larangan penggunaan Jata Persekutuan, boleh didakwa dan dihukum mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414).
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya, menegaskan yang Akta 414 menyatakan bahawa tiada sebarang salahguna atau ubahsuai boleh dilakukan sesiapa saja kecuali dengan kebenaran bertulis Menteri’.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengubah suai lambang Jata Negara.
Ia berkait dengan penerbitan sebuah buku yang memaparkan logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka hadapan. Difahamkan, lukisan mirip Jata Negara itu meletakkan seorang kanak-kanak di atas bulan dan bintang serta mengubah suai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.
Kebiadapan ini telah disedari oleh pihak yang berkaitan, lantaran itu satu kenyataan meminta maaf telah dikeluarkan Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu. Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.
Hakikat sebenarnya “Tiada Maaf Bagimu”
Buku tersebut yang bertajuk Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia itu diterbitkan awal tahun ini dan lebih 300 naskhah sudah terjual. Buku yang disunting oleh penulis,
Kean Wong itu menggunakan visual mirip Jata Negara, mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara selepas perkara itu tersebar berluar-luasa di media sosial.
Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis dan menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang terbabit. Pihak Kerajaan Malaysia telah pun mengharamkan buku tersebut. Namun tindakan ini diambil setelah mendapat reaksi panas dari netizen yang sensitif dan prihatin kepada isu ini. Jika netizen senyap, pasti isu persendaan Jata Negara ini akan berlalu begitu sahaja.
Sehubungan itu, telah tiba masa bahawa ini pihak Kerajaan Malaysia mestilah bertindak dengan lebih tegas dan pantas lagi untuk menangani isu-isu kebiadapan yang sering kali masa kini dipersendakan oleh rakyatnya terhadap Kedaulatan Negara dan Undang-Undang.
Tibalah masanya bahawa sebuah Mahkamah Khas atau Mahkamah Perlembagaan diwujudkan dengan segera khususnya bagi menangani isu-isu pihak dengan sengaja atau tidak sengaja yang mempersendakan Undang-Undang Negara yang berkaitan dengan Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan.
Andainya Kerajaan tidak berangapan serius mengenai cadangan PEMENANG ini akan ada lagi kebiadapan menimbul seperti ini bagi tujuan mengeruhkan Keharmonian Negara dan Rakyatnya.
Semoga Allah S.W.T menjauhi peristiwa 13 May 1996 mengulangi dan di doa semoga Allah S.W.T melindungi Negara Malaysia yang tercinta serta merahmati keharmonian, kemajmukan rakyatnya hidup dengan aman, damai dan sejahtera, Aamin.
Sekian
Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Mohd Yussof Latiff
Presiden
Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
16 Zulkaedah 1441 / 08 Julai 2020
You must be logged in to post a comment.