Aktiviti & Komuniti

Berkongsi Rasa Hiba, Salam Takziah Keluarga Keluarga Allahyarham Mohd Hafief

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya dan seluruh kepimpinan tempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Hafief Bin Sardiyo yang telah kembali ke rahmatullah pagi semalam.

Allahyarham Mohd Hafief telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kementerian Wilayah.

Atas rasa dukacita dan berkongsi rasa kehilangan, Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang diketuai oleh Puan Husna Abd Rahaman telah bersama dengan keluarga Allahyarham dan juga isterinya, Dayang Nurfarahin di Hospital Putrajaya.

Turut serta menziarahi keluarga Allahyarham ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

UMNO Putrajaya turut mendoakan semoga keluarga Allahyarham dilimpahi ketabahan dan kekuatan khususnya iateri Allahyarham bersama lima orang anak-anak yang masih kecil.

Marilah kita bersama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Al-Fatihah. – UMNOPutrajaya