Berita

‘Ketua Kampung’ Gesa Mantapkan Gerak Kerja Demi Perjuangan UMNO

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ menggesa semua pemimpin UMNO disetiap lapisan agar terus memantapkan gerak kerja.

Katanya, ini adalah penting demi meneruskan kesinambungan UMNO sebagai satu-satunya parti yang mendukung perjuangan agama, bangsa dan negara
 
“Banyak yang dibincangkan dan diperhalusi untuk digerakkan agar semua peringkat dapat melaksanakan secara terus,” katanya dalam perjumpaan santai bersama AJK dan ketua-ketua Cawangan UMNO Putrajaya di pejabat bahagian,
malam ini.

Ujarnya, sebagai pemimpin sama ada AJK atau ketua-ketua Cawangan termasuklah Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO perlu ambil maklum setiap isu setempat.

“Hal luaran dan dalaman mesti ditangani dengan fokus utama untuk pastikan tidak ada kelompongan dalam gerak kerja.

“UMNO/BN sudah dapat pengajaran bermakna sebagai pembangkang, tahu rasa perit dan sukarnya 22 bulan yang lalu, maka kita siap siaga untuk semua peringkat sentiasa proaktif,” katanya lagi.

Sebelum itu, majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Khushairi Talib yang kembali ke rahmatullah petang tadi.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan Allah SWT tempatkan roh Allahyarham bersama-sama para solihin. – UMNOPutrajaya