Ayuh Bersukan Bersama Pemuda
PUTRAJAYA – Pemuda UMNO Putrajaya menyantuni anak muda tempatan dengan aktiviti sukan dan rekreasi sebagaimana program ‘Ayuh Bersukan Bersama Pemuda’.
Program kesukanan yang dilaksanakan ini mendapat sambutan anak muda tempatan khususnya dari Cawangan-cawangan UMNO Putrajaya apatah lagi sebelum ini aktiviti sedemikian tidak dapat dilaksanakan ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Dalam perkembangan ini, Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Saudara Mohd Zushaidey Zulkifli atau lebih mesra dengan panggilan Zach turut turun padang meninjau sendiri sambutan yang diberikan olah golongan anak muda setempat. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.