Aktiviti & Komuniti

Ketua Kampung Sempurnakan Sumbangan Untuk Keselesaan Penduduk

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memanfaatkan awal pagi untuk bersama-sama warga Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki telah bersama-sama menunaikan solat subuh dan kemudiannya mengikuti kuliah Subuh oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff di Surau Al Falah Presint 9, Putrajaya

Dalam kesempatan itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ turut meluangkan masa bermesra dengan orang ramai sebelum melaksanakan penyerahan sumbangan set lengkap pengurusan jenazah kepada Masjid Mahmoodiah di Presint 18 dan kepada Surau Pudina Presint 17.

Selain itu, beliau turut melakukan kunjungan dan memberikan sumbangan untuk naik taraf dan kemudahan asas kepada Surau Istiqamah dan Surau Wahbah Al-Zuhaily, di sini.

Semoga sumbangan yang diberikan akan memberi manfaat kepada penduduk setempat dan dapat menambahkan keselesaan serta memudahkan orang ramai. – UMNOPutrajaya