Perhalusi Gerak Kerja Untuk Manfaat Semua
PUTRAJAYA – Program bersantai bersama warga Putrajaya khususnya pengundi memberi manfaat yang sangat baik bukan hanya kepada para penduduk tetapi juga kepada pemimpin masyarakat dalam memastikan setiap yang dilaksana adalah selari dengan kehendak rakyat.
Sehubungan itu, perancangan yang teliti dengan menyemak dan memperhalusi setiap aktiviti yang bakal diadakan adalah antara kriteria utama dalam pelaksanaan gerak kerja UMNO Bahagian Putrajaya.
Hal ini telah diaplikasi sendiri oleh isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang mengadakan perbincangan di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya bagi memastikan program sembang santai bersama Ahli Parlimen Tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Acara sembang santai yang melibatkan program dua hala dengan para penduduk sememangnya tidak asing kepada warga Putrajaya malah amat menyantuni kepribadian Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ di sini.
Semoga setiap acara yang dilaksana akan membawa kejayaan serta memberi manfaat untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.