Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya & BPUN Wilayah KL Perkukuh Ukhwah

PUTRAJAYA – UMNO Putrajaya telah menerima kunjungan daripada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Wanitanya, Datuk Zurainah Musa.

Kunjungan tersebut telah disambunt mesra oleh Setiausaha UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Shokri Shafee bersama dengan Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Husna Abd Rahaman; Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Saudara Zushaidey Zulkifli dan Ketua Puteri UMNO Putrajaya, Cik Jumaitul Laily Zakiah Ismail serta barisan kepimpinan ahli jawatankuasa UMNO Putrajaya.

Dalam pertemuan ini kata sepakat dibuat bagi memperkukuh jalinan ukhwah antara kedua-dua pihak dengan manfaat besar pastinya adalah ke arah memperkukuh UMNO di Wilayah Persekutuan dan UMNO pusat amnya.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana kekeluargaan ini diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, di sini. – UMNOPutrajaya