Persediaan Laksana Ibadah Korban Lancar
PUTRAJAYA – Persediaan bagi memastikan ibadah korban UMNO Bahagian Putrajaya dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha esok lancar.
Bagi memastikan ibadah korban yang membabitkan penyembelihan lembu di kawasan lapang berhampiran Pusat Perlindungan Kucing, Presint 9, hanya anggota terbabit yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pelaksanaan sahaja yang akan terlibat secara langsung.
Bagi agihan daging korban pula, para penduduk setempat boleh berhubung dengan ketua Sub Zon masing-masing memandangkan penyerahan daging korban tidak akan dilakukan di pusat penyembelihan ini.
Hal tersebut adalah bagi memastikan pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19.
Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha Jumaat ini, menurut pengumuman Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman. – UMNOPutrajaya