Aktiviti & Komuniti

Ibadah Korban Parlimen Putrajaya Patuhi SOP

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa syukur kerana ibadah korban yang direncana dapat direalisasikan dengan lancar.

Katanya, anggota masyarakat yang terbabit melaksanakan kerja dengan cekap dan bersatu hati bersama-sama.

“Alhamdulillah, berjalan lancar ibadah korban tahun ini. Syukur kerana kita dapat laksana dan semuanya mengikut SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan kerjasama.

“Saya amat hargai penglibatan semua termasuklah warga Putrajaya keseluruhan yang sentiasa patuh pada perintah SOP. Salam Aidiladha.”

Program ibadah korban Parlimen Putrajaya ini adalah acara tahunan setiap kali Hari Raya Aidiladha dengan Tengku Adnan akan turut serta turun padang dan membantu melakukan kerja-kerja di tempat penyembelihan.

Turut bersama beliau ialah isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki. – UMNOPutrajaya