Berita

Mohd Zaidi Aziz Calon BN PRK Slim

TANJUNG MALIM, 12 Ogos – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi UMNO Perak merangkap Pengarah PRK Slim, Datuk Saarani Mohamad dalam satu sidang media di Dewan Rajawali Felda Residence, Trolak, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Slim diadakan 29 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 15 Ogos dan pengundian awal pada 25 Ogos, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas.

Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, menyaksikan Mohd Khusairi, yang mewakili BN, mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.

Biodata Calon BN PRK Slim, Perak

Mohd Zaidi Aziz

Umur: 43 tahun
Kini Pemangku Ketua UMNO Bhg Tg Malim, Perak

Pekerjaan: Berniaga/Usahawan
Alamat: Rumah Awam, Slim Village, 35800 Slim River, Perak
Pendidikan: Ijazah drpd Universiti Islam Antarabangsa – 2001 (Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences, IRKHS)

Keluarga
-Isteri: Juliana Sarip, (43 thn)
-Anak: 4 orang – Aliya Saajidah (16 thn), Zaim Najhan (15 thn), Hasan Khalil (11 thn) & Maryam Tihani (5 thn)

Pengalaman kerja:
-Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Minda Selangor INMINDS (2004-2007)
-Pegawai Pemantau Khas kpd Menteri Besar Selangor (2007-2008)
-Ahli Majlis Daerah Tg Malim (2020)
-Usahawan/Berniaga (Kini)

Pengalaman NGO/Pertubuhan Sukarela
-Penolong SU Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM (2003-06)
-Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM (2001-03)
-AJK Kerja, Majlis Belia Malaysia, MBM (2001-07)
-Ahli Dewan Tertinggi, Majlis Belia Malaysia, MBM (2000-02)
-Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (2001-18)
-Koordinator Program, Majlis Belia Asia, AYC (2005-15)
-Ahli Youth Caucus, Commonwealth Youth Programme Asia Region (2004-07)
-Exco J/Kuasa, Kerjasama Belia ASEAN, CAYC (2004-11)
-SU Agung, J/Kuasa Kerjasama Belia ASEAN, CAYC (2014-Kini)
-SU Agung, Majlis Belia Malaysia, MBM (2010-14)
-Timb Presiden, Majlis Belia Malaysia, MBM (2014-18)
-Timb Presiden, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, FKPB (2019-Kini)

Penglibatan Politik
-AJK Biro Kebajikan UMNO Malaysia (2015-18)
-Ketua Pemuda Cawangan Slim Village (2000-18)
-AJK Pemuda UMNO Bhg (2000-13)
-Ketua Penerangan UMNO Bhg (2013-18)
-Ketua UMNO Cawangan Slim Village (2018-Kini)
-Timb Ketua UMNO Bhg Tg Malim (2018-Kini)

Pingat Penghargaan
-Pingat Jasa Kebaktian, PJK (Melaka) 2013
-Pingat Pekerti Terpilih, PPT (Perak) 2016 – UMNOPutrajaya