Aktiviti & Komuniti

‘Ketua Kampung’, Penduduk Sepakat Cantikkan Surau-surau Putrajaya

PUTRAJAYA – Program gotong-royong surau-surau serentak telah berlangsung dengan jayanya yang mengumpulkan para penduduk setempat untuk bersama-sama mengindahkan tempat ibadah seharian.

Lebih bermakna apabila Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ketua Kampung’ dikalangan penduduk tempatan turut bersama-sama mengerah keringat melaksanakan kerja-kerja gotong-royong tersebut.

Tidak ketinggalan, isteri beliau Datin Seri Anggraini Sentiyaki juga meringankan tulang menyertai kumpulan gotong-royong tanpa rasa lelah.

Pemimpin berjiwa rakyat ini meluangkan masa meninjau dan menyertai barisan rakyat yang melakukan pelbagai kerja bagi memastikan surau di kediaman masing-masing bukan sahaja indah tetapi juga bersih serta mempunyai kelengkapan yang mencukupi.

Program Gotong-royong surau-surau ini adalah anjuran UMNO Bahagian Putrajaya dan MPPWP Putrajaya.

Surau-surau yang terlibat ialah:

1. Surau Amaniah IPD Putrajaya, Presint 9

2. Surau As Salam Fasa 10, Presint 9

3. Surau Al Putra Fasa 1, Presint 9

4. Surau An Nur, Presint 11

5. Surau Al Najihin, Presint 15-12B

6. Surau Al Farabi, P17RK2, Presint 17

7. Surau Al Ittifaqiyah, Presint 8 – UMNOPutrajaya