Program Mesra Komuniti Menyatupadukan Masyarakat

PUTRAJAYA – Program Mesra Komuniti menjadi bagi meningkat dan merapatkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat.

Program yang berlangsung di Presint 8 ini menjadi ruang kepada pemimpin berjiwa rakyat, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor iaitu Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan dalam usaha mengakrabkan hubungan dalam masyarakat.

Program yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat ini diisi dengan sesi sembang secara santai yang dinamakan ‘Coffee Corner @ Orang Muda’ di samping penyertaan E-Niaga Komuniti SZ3, di sini.

Selain itu, penubuhan Combi @ SZ3 iaitu sebagai salah satu langkah strategi untuk menangani masalah denggi di kawasan ini.
Terdahulu, Tengku Adnan bersama-sama warga tempatan menyertai Program gotong-royong surau-surau serentak di sini. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: