Aktiviti & Komuniti

Semarakkan Kemerdekaan, Kibarkan Jalur Gemilang

PUTRAJAYA – Bagi menyemarakkan semangat patriotik bersempena menjelangnya tarikh kemerdekaan negara, 31 Ogos ini, warga Putrajaya sepakat mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.

Lebih bermakna apabila pelaksanaan untuk mengibarkan Jalur Gemilang ini dilaksana secara bergotong-royong dan penuh dengan semangat kerjasama.

Antara tempat kediaman yang melaksanakan gerak kerja secara terancang dan bergotong-royong ialah Persatuan Penduduk Blok C Fasa 4B & KRT 4B(2) selain Komuniti Fasa 12.

Bukan hanya tempat kediaman malahan persekitaran kawasan perumahan masing-masing juga dicantikkan dengan bendera Jalur Gemilang yang menambahkan suasana ‘Bulan Kemerdekaan’ amat penting.

Hari Kebangsaan pada tahun ini bertemakan “Malaysia Prihatin” yang dipilih sebagai aspirasi seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak COVID-19, Manakala ‘Prihatin’ menunjukkan inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat Malaysia. – UMNOPutrajaya