Pejabat UMNO Putrajaya Dihiasi Jalur Gemilang

PUTRAJAYA – Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya yang terletak di Presint 15 dihiasai Jalur Gemilang bukan sahaja sebagai tanda menyahut seruan kerajaan untuk mengibarkan bendera negara sempena Bulan Kemerdekaan tepai juga atas semanagt patriotic dan cintakan tanah air.

Kibaran Jalur Gemilang ini juga untuk menyuburkan perasaan cinta yang mendalam dalam kalangan rakyat Malaysia kepada negara menjelangnya ulang tahun kemerdekaan yang ke-63 pada 31 Ogos ini.

Sememangnya, amalan mengibar Jalur Gemilang di Pejabat UMNO Bahagian sudah dibudayakan dan menjadi antara keutamaan setiap kali berlangsungnya Bulan Kemerdekaan. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: