Berita

Parti Pejuang Hipokrit Guna Tulisan Jawi

KUALA LUMPUR – Sebelum ini semua pihak tahu bahawa Dr Maszlee Malik diarah meletak jawatan adalah kerana isu tulisan jawi tapi terkini, Parti Pejuang Tajaan Tun Dr Mahathir Mohamad lambang parti dalam huruf jawi.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, meminta rakyat untuk menolak calon Bebas di PRK Slim yang disokong sepenuhnya oleh Parti Pejuang tajaan Dr Mahathir ini.

Ini kerana katanya parti itu bersikap hipokrit.

“Hebat. Nampak macam kuat Melayunya Parti Pejuang ini. Malangnya kuat pula mempertahankan Dap yang anti tulisan jawi,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Dilaporkan, dua hari lalu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, antara pengasas parti itu berkata parti Pejuang akan menggunakan logo bermotifkan huruf Jawi “pa” yang mewakili maksud pejuang orang Melayu dan masyarakat Malaysia yang umpama perisai untuk pertahan maruah orang Melayu dan rakyat manakala tiga titik adalah lambang tiga rukun iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

“Pejuang kelihatan mahu lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islamik daripada PAS kerana mengangkat martabat jawi. Kesian Dr Maszlee kerana isu tulisan jawi dia diarah oleh Mahathir supaya meletak jawatan sebagai Menteri Pelajaran.

“Tidakkah itu hipokrit namanya. Justeru, tolak calon Bebas aka Pejuang tajaan Mahathir,” tegasnya lagi.

Awal Januari lalu, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan selepas mendapat nasihat daripada Tun Dr Mahathir dengan dikatakan kontroversi tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada kemuncak isu dalam Kementerian Pendidikan.

Dr Maszlee terpalit dengan pelbagai kontroversi antaranya pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi di sekolah-sekolah vernakular sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak. – UMNOPutrajaya