Aktiviti & Komuniti

Selamat Ulang Tahun Pergerakan Pemuda UMNO Ke-71

PUTRAJAYA – Pemuda berani, pemuda berkualiti, pemuda berprinsip. Itulah tonggak harapan yang dalam meletakkan harapan kepada barisan Pemuda yang bakal menjadi peneraju kepimpinan masa hadapan.

Bersempena genap 71 tahun usia penubuhan Pemuda UMNO, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Saudara Mohd Zushaidey Zulkifli mewakili Ketuanya, Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan menzahirkan penghargaan kepada mantan ketua-ketua Pemuda Putrajaya sebelum ini.

“Terima kasih kepada mantan KPB Datuk Zaki, Ahmad Faisal Abd Karim, NKP Datuk Yeop , Nasru Syazwan yang pernah menerajui Pemuda Putrajaya suatu masa ketika Parti berkuasa dahulu dengan memberikan segala tunjuk ajar.

“Ternyata pengalaman yang amat berbeza ketika berkuasa dan ketika tidak berkuasa, menjadi pembangkang dalam tampok pemerintahan sepenuhnya.

“Apapun semuanya telah tertulis, semuanya ini adalah sementara. Allah menguji kami ketika kami tidak punyai apa-apa,” katanya. – UMNOPutrajaya