Aktiviti & Komuniti

Jalur Gemilang Semarakkan Hari Kebangsaan 2020 Putrajaya

PUTRAJAYA – Tarikh kemerdekaan kali ke-63 tahun ini pastinya berbeza lantaran tiada perarakan bagi sambutan Hari Kebangsaan 2020. Namun begitu ulang tahun kemerdekaan di Putrajaya dimeriahkan dengan hiasan Jalur Gemilang yang memenuhi kawasan kediaman dan persekitaran.

Lebih bermakna apabila aktiviti memasang Jalur Gemilang ini dilaksanakan secara bergotong-royong dengan perancangan dan gerak kerja yang teratur.

Tentunya warga tempatan enggan ketinggalan dalam meraikan Hari Kebangsaan 2020 yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ ini. – UMNOPutrajaya