Aktiviti & Komuniti

Mantapkan Gerak Kerja, Dekati Pengudi… UMNO Bersama Rakyat

PUTRAJAYA – Usaha berterusan tanpa henti dilaksana bagi memastikan kesiapsiagaan untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 kelak mantap dan membuahkan hasil.

Lantaran itu, mesyuarat membabitkan anggota PDM Wawasan Selatan bersama pengarah PDM dan jentera bertugas dibuat bagi memperhalusi perancangan di samping memastikan gerak kerja berada di landasan yang tepat.

Menerusi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Putrajaya merangkap Ketua Wanita bahagian terbabit, Puan Husna Abdul Rahaman di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, malam tadi, amanat dan pesanan Ketua Bahagian disampaikan.

Dalam amanatnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya telah meminta agar semua ahli-ahli UMNO untuk terus mendampingi rakyat sebagaimana kewujudan parti tersebut yang lahir atas perjuangan demi kesejahteraan rakyat berteraskan agama, bangsa dan negara.

Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ acapkali mengingatkan anggota parti untuk mengamalkan sikap merendah diri dan tidak berhidung tinggi agar mudah didekati lantas disenangi oleh masyarakat keseluruhan.

Sebagai pemimpin, beliau mahukan setiap lapisan kepimpinan termasuklah jentera parti berjiwa rakyat, mudah didekati dan sedia membantu sebagaimana cogankata UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dan Barisan Nasional (BN), ‘Kata Dikota, Janji Dilaksana’ tanpa sebarang janji palsu atau retorik. – UMNOPutrajaya