Aktiviti & Komuniti

Demi Warga Putrajaya, Barangan Keperluan Di Hadapan Pintu

PUTRAJAYA – Kesungguhan bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat pembelaan dan berada dalam keadaan sejahtera, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyediakan barangan keperluan makanan di samping pelitup muka untuk diagihkan kepada rakyat.

Agihan tersebut dilaksana secara terancang melalui Cawangan-cawangan UMNO yang bergerak berdasarkan mekanisme dan kesesuaian di kawasan masing-masing termasuklah terus ke depan pintu warga Putrajaya.

Namun begitu, fokus utama adalah memastikan bahawa setiap isi rumah mendapat pembalaan tanpa ada rasa dipinggirkan.

Lebih dari itu, hadiah hari jadi juga tidak dilupakan walaupun kali ini tidak dapat diraikan secara beramai-ramai sebagaimana rutin bulanan Parlimen Putrajaya tetapi ingatan ulang tahun kelahiran tetap tidak dilupakan.

Semoga usaha yang dilaksana oleh ‘ketua kampung’ bagi memastikan rakyat terus selesa akan menzahirkan kesejahteraan untuk masyarakat Putrajaya keseluruhan. – UMNOPutrajaya