Berita

Pelihara Kesejahteraan Untuk Keselesaan Bersama – KuNan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta rakyat keseluruhan untuk sentiasa memelihara kesejahteraan agar sama-sama dapat hidup selesa tanpa ada sebarang rasa gelisah.

Katanya, apabila suasa aman dan tenteram dapat dipelihara maka rakyat akan dapat melaksanakan pelbagai perkara dengan lancar dan tanpa ada rasa tertekan.

“Kita harapkan susana sejahtera ini berterusan yang tentunya didukung oleh kestabilan dalam pelbagai aspek khususnya politik, ekonomi dan sosoal.

“Oleh itu, rakyat sendiri yang mesti menentukan masa hadapan dengan memilih pemimpin dan kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau menzahirkan kesyukuran atas kesepakatan masyarakat Putrajaya dalam mengimarahkan Bulan Muharram dengan memasak bubur Asyura.

Katanya, kesediaan warga Putrajaya yang berusaha melaksanakan acara memasak bubur asyura secara bergotong-royong amatlah bermakna.

“Inilah bukti permuafakan dalam hidup bersama, melaksanakan acara secara beramai-ramai yang melibatkan para penduduk tempatan bermula dari penyediaan, memasak hinggalah kepada agihan untuk penduduk.

“Alhamdulillah semuanya lancar dan memang tiap tahun di Putrajaya acara ini sudah jadi kebiasaan. Selain dapat menghidupkan bulan Ramadan kita juga dapat mengeratkan silaturrahim,” katanya.

Beliau yang turut disertai isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki berkata demikian dalam program memasak bubur asyura di Surau An-Nur dan Surau Abdul Rahman Auf P11 yang juga memasak bubur lambuk. – UMNOPutrajaya