Aktiviti & Komuniti

Ke Arah PRU-15: Perancangan Diperhalusi Demi Perteguh Sokongan Pengundi

PUTRAJAYA – Hal-hal berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sudah acapkali diberitakan malahan UMNO Bahagian telah siap sedia bagi menghadapinya, namun begitu selagi tarikhnya belum diumumkan maka segala perancangan diperhalusi dari semasa ke semasa.

Dalam hal ini, Pengarah Pilihan Raya UMNO Putrajaya merangkap Ketua Wanita bahagian terbabit, Puan Husna Abdul Rahaman memikul amanah bagi memastikan setiap amanat dari Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diangkat sebagai realiti kepada rakyat khususnya pengundi.

Selaku jentera, tentunya menjadi penggerak untuk menggempur para pengundi dan rakyat umumnnya untuk memahami aspirasi kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan memberikan sokongan kepada UMNO.

Malam ini, bertempat di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, perbincangan dan pertukaran buah fikiran dengan Jentera PDM Taman Wawasan Utara dilaksana agar sokongan pengundi tetap teguh kepada calon BN yang mengekalkan Datuk Seri Tengku Adnan di sini pada PRU-15. – UMNOPutrajaya