Aktiviti & Komuniti

Penaziran UMNO Putrajaya Ke Arah Kesiapsiagaan Berdepan PRU-15

PUTRAJAYA – Sesi penaziran UMNO Bahagian Putrajaya oleh Ibu Pejabat UMNO yang berlangsung hari ini di pejabat UMNO Bahagian di sini berjalan dengan lancar.

Sesi tersebut melibatkan dua penazir dari Ibu Pejabat UMNO iaitu Puan Nor Azilah Abd Munir dan Puan Suhaila dibuat bagi memantau kesiapsiagaan bahagian tersebut dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 benar-benar mantap dan selari dengan fokus UMNO keseluruhannya.

Penaziran ini membolehkan momentum gerak kerja jentera parti terus diperhebat dan diperkemas selaras dengan semangat untuk memastikan Putrajaya kekal milik BN.

Penazir Ibu Pejabat UMNO ini telah disambut oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ketua Wanita UMNO bahagian terbabit, Puan Husna Abdul Rahaman bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Tun Faisal Ismail Aziz serta Ketua Puteri UMNO Putrajaya, Cik Jumaitul Laily Zakiah Ismail; Setiausaha UMNO Bahagian, Datuk Sokri Shafie dan Setiausaha Kerja UMNO Putrajaya, Baharudin Yusuf. – UMNOPutrajaya