{"source_sid":"1D678D4B-D1D4-4D04-B21B-DCB71C8CA2BB_1599713184822","subsource":"done_button","uid":"1D678D4B-D1D4-4D04-B21B-DCB71C8CA2BB_1599713184811","source":"other","origin":"gallery"}
Berita

KOTA KINABALU, 10 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan seluruh jentera parti daripada pelbagai peringkat agar mengukuhkan jalinan kerjasama dengan satu matlamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

Menurut beliau untuk menang dalam PRN ini, semua pihak baik daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Bersatu serta rakan-rakan yang lain harus meletakkan keazaman yang tinggi dengan mengenepikan yang keruh dan ambillah yang jernih demi kepentingan rakyat Sabah itu sendiri.

‘’Kalau hati mau menang tetapi kerja macam ‘ayam mati’ bukan mau menang. Kita perlihatkan kepada rakyat bagaimana Parti Warisan telah gagal memimpin Sabah. Sudah tiba masanya kita di sini… ayuh kita tumbangkan Warisan dan ini misi utama. Buang yang keruh ambil yang jernih… bulat air kerana pembetung dan bulat manusia kerana muafakat. Jangan ada lagi musuh antara kita dan suasana politik kita hari ini sudah berbeda.

‘’Kita lihat bagaimana Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim… kita yang susah… sehingga hari ini. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu mereka boleh duduk satu meja.

‘’Politik ini dinamik… jadi kita tidak boleh ditelan oleh perubahan berkenaan… kita kena ikut kesesuian… tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula sahabat lama. Di bawah kita yakinkan jentera… saya tahu ada yang sakit hati… tetapi tidak ada untungnya pecah belah… tidak ada ruginya kita kukuhkan kesatuan kita,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin BN dan PN (Bersatu), di sini, hari ini. Turut serta Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor

Kata Bung Moktar, Allah SWT telah memberikan peluang yang terbaik dan ambillah peluang yang terbuka di depan mata malah inilah masanya untuk bersama-sama dengan rakyat melakukan perubahan.

Beliau turut menyatakan bahawa perkara paling sukar dalam hidupnya adalah memutuskan agihan kerusi serta memutuskan senarai calon yang bertanding.

‘’Kita telah merancang sebaiknya dan perancangan Allah sebaiknya. Dengan bantuan kawan-kawan, kita ikhlas berjuang dan Allah permudahkan perjalanan kita… misi kita satu matlamat menjatuhkan Warisan dan bentuk kerajaan baru.

‘’Kalau kita buat barisan dalam satu pasukan dan dalam satu kekuatan manakala rakyat pula bersama kita di belakang dengan izin Allah Sabah akan bentuk kerajaan baru yang akan mengutamakan rakyat… ekonomi Sabah… Warisan tidak tahu menguruskan hati dan ekonomi negeri… nadi jantung denyutan rakyat… Sabah ubah balik… dulu mereka kata Sabah Ubah.. sekarang Sabah Ubah Balik.

‘’Jangan lagi toleh kiri atau kanan…’alegik’ sana sini tetapi bergerak sebagai satu pasukan. Doakan perjuangan ini diberkati Allah swt,” tambahnya lagi.- UMNO Online