Aktiviti & Komuniti

Program GORO Mega Cegah Denggi Pastikan Kesihatan Penduduk

PUTRAJAYA – Demi memastikan kesihatan rakyat terjamin khususnya bebas dari wabak denggi, program GORO Mega Cegah Denggi telah dilaksanakan di Dewan Serbaguna P15-12A, di sini, hari ini.

Program yang dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut disertai masyarakat setempat dalam usaha memastikan kebersihan kawasan sekitar.

Program ini sememangnya penting dalam usaha memastikan kesedaran penduduk temptan terhadap penyakit tersebut.

Dalam masa yang sama turut diadakan pameran dan taklimat bagi mencegah denggi.

Turut sama dilaksana ialah mengecat surau Al-Fatih dan Surau An-Najihin di sini. – UMNOPutrajaya