UMNO/BN Putrajaya Ke PRN Sabah, Sedia Bantu Untuk Kemenangan
PUTRAJAYA – Pilihan Raya Negeri Sabah SPR bakal diadakan pada 26 September sementara pengundian awal pada 22 September dan semalam hari penamaan calon telah berlangsung yang menandakan bermulanya tempoh berkempen selama 14 hari.
Lantaran itu, atas rasa tanggungjawab dan semangat perjuangan yang tinggi, Barisan Nasional (BN/UMNO Bahagian Putrajaya telah sepakat untuk turun padang bagi menggempur pengundi bagi memastikan Sabah kembali kepada BN.
BN Putrajaya yang diketuai oleh Datin Seri Anggriani Sentiyaki dan rombongannya telah berlepas ke Sabah dengan tugasan bagi membantu kemenangan di DUN Sipitang.
Terdahulu, sebelum bertolak, anggota rombongan terbabit telah menerima amanat dari Pengerusi BN Bahagian Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tentunya selain dari menyelami kehendak pengundi, Tengku Adnan meminta anggota terbabit agar dapat sama-sama turun padang untuk meraih undi di samping memahami isu-isu tempatan yang bakal di gempur.
Selain itu, beliau berpesan agar setiap individu mengutamakan keselamatan dan sentiasa mematuhi SOP berkaitan PKPP ekoran pandemik COVID-19 masih belum berakhir.
PRN Sabah menyaksikan pertandingan bagi merebut 73 kerusi DUN, dengan sebanyak 13 kerusi baharu iaitu N02 Bengkoka, N06 Bandau, N08 Pintasan, N13 Pantai Dalit, N17 Darau, N24 Tanjung Keramat, N27 Limbahau, N44 Tulid, N47 Telupid, N51 Sungai Manila, N58 Lamag, N61 Segama dan N70 Kukusan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.