BN Mantap… Mesti Terus Mantap…

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) adalah parti yang mantap kerana memperjuangkan nasib rakyat Malaysia bersandarkan kepada keadilan, kesaksamaan dan kesejahteraan dengan menjunjung prinsip demokrasi dan Raja berpelembagaan, tegas Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Oleh sebab itu katanya, seluruh kepimpinan parti hinggalah kepada anggota akar umbi hendaklah memberikan sepenuh perhatian terhadap senario politik yang berlaku di samping terus memperkasakan hala tuju perjuangan bagi mendapatkan sokongan keseluruhan rakyat.

“BN adalah parti politik yang sedia berkhidmat kepada rakyat maka dalam apa-apa juga keadaan maka parti ini mesti terus mantap dan dilihat sentiasa mantap agar sokongan rakyat berterusan khususnya menjelangnya pilihan raya,” katanya.

Ujarnya, masa depan dan kekuatan BN bukan hanya terletak pada UMNO semata-mata kerana BN dianggotai oleh kompenan parti dari pelbagai bangsa, dan etnik yang berbeza termasuk MCA, MIC dan PBRS.

“Kita mesti satukan perbezaan, semai rasa untuk terus bersatu dengan mengelakkan perpecahan kerana kunci kesejahteraan negara adalah keharmonian dan kelestarian dalam masyarakat khususnya yang majmuk seperti Malaysia.

“Ingatlah, setiap individu dalam negara ini ada tanggungjawab dan kita sebagai pendukung parti perlu pastikan kesiapsiagaan berdepan cabaran diangkat setiap masa.

“Semuanya terletak di tangan kita dan jika lemahnya parti yang kita dukung, maka lemahlah seluruh penyatuan masyarakat Malaysia kerana telah terbukti BN menjadi tunjang kesepaduan dan kecemerlangan negara lebih 60 tahun.”

Pesan beliau, apabila anggota dalam parti berpecah dan saling hilang sokongan maka akhirnya BN bukan hanya kehilangan kuasa politik tetapi juga perjuangan dicalar-balarkan dengan agama menjadi bahan persenda dan sifat saling menghormati mula terhakis.

“Sebaliknya jika kita berjuang dengan ikhlas dan kekal bersatu disamping setia kepada kepimpinan parti dalam usaha memantapkan BN maka pastinya akan teguh satu parti yang akan dapat membawa kepada kejayaan serta kemenangan.

“BN mesti terus mantap… perkukuh perpaduan, tingkatkan usaha, laksanakan tanggungjawab, dekati pengundi dan bersikaplah merendah diri sentiasa Ayuhlah, mantapkan BN!” katanya lagi. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: