Pakai Pelitup Muka, Ayuh… Patuhi SOP, Kita Mesti Menang!
PUTRAJAYA – Negara masih lagi belum bebas COVID-19 dan usaha ke arah memutuskan rangkaian pandemik wabak tersebut perlu terus dilaksana tanpa jemu, setiap masa dan dimana sahaja.
Lantaran itu, sukarelawan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya mengagihkan pelitup muka secara percuma kepada para Jemaah yang bak menunaikan solat jumaad di masjid-masjid serta surau Jumaat di kawasan ini.
Inisiatif tersebut adalah antara usaha berterusan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi memastikan Putrajaya kekal bebas COVID-19.
Semoga usaha yang dibuat ini akan membuahkan hasil di samping memberikan kesedaran kepada khalayak bahawa memerangi wabak tersebut adalah perkara serius yang tidak boleh dipandang ringan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.