Aktiviti & Komuniti

‘Ketua Kampung’ Gesa Patuhi SOP Demi Keselamatan

PUTRAJAYA – COVID-19 masih melingkari persekitaran dan usaha berterusan amat penting bagi memutuskan rantaian pandemik yang melanda seluruh negara.

Dalam hal ini, kesungguhan ‘ketua kampung’ iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, selaku Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dalam memastikan usaha tersebut dibuat secara berterusan termasuklan mengedarkan pelitup muka.

Tidak ketinggalan, pelitup separuh muka diagihkan kepada pejabat imegresin dengan disampaikan oleh Datuk Mustafa Merican, Pengerusi NGO Antarabangsa yang mewakili Datuk Seri Tengku Adnan.

Penyampaian pelitup mulut tersebut telah dibuat kepada Saudara Haidir, Ketua PRO imegresin  untuk diagihkan kepada pekerja-perkerja kaunter imegresin di Putrajaya.

Semoga usaha yang dibuat secara berterusan di semua peringkat akan dapat mengekalkan Putrajaya sebagai zon hijau dan kawasan bebas COVID-19. – UMNOPutrajaya