Aktiviti & KomunitiBerita

Pemilik Gelang Pink Jangan Jadi Penyebab Kluster Baru… STAY SAFE STAY HOME!

PUTRAJAYA – “STAY SAFE… STAY HOME!“ Demikian tegas Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ini kerana dilaporkan terdapat individu yang pulang dari Labuah telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk patuhi kuarantin di rumah selama 14 hari dan dikenakan memakai gelang berwarna merah jambu (pink).

“Saya dah minta semua program bertemu rakyat oleh PDM, JR Wanita dan Badan Kasih Ibu WP serta apa-apa sahaja program-program lain dihenti kan serta-merta,” katanya.

Selaras dengan itu, beliau menggesa semua pihak untuk mematuhi arahan KKM selain mengekalkan penjagaan sosial dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Saya rayu tolong patuh arahan KKM… jangan kita jadi penyebab tular kluster baru Covid-19 di Putrajaya,” tegasnya lagi. – UMNO Putrajaya