Isu Semasa

Ada Nombor Tapi Enggan Dedah… Anwar Berbohong Lagi?

ANWAR TELEFON SAYA 19 SEPTEMBER 2008.

Tadi Anwar umum, Kerajaan PN tumbang. Dia sudah cukup nombor. Tapi Anwar enggan dedah berapa. Kenapa nak sembunyi?

Apakah Anwar mahu berbohong lagi seperti kerajaan 16 September 2018. Ketika itu Anwar umum dia sudah ada SD 30 ahli Parlimen UMNO yang akan melompat.

Sampai kesudah tidak seorang pun yang melompat. Sampai kini Anwar tidak juga jadi Perdana Menteri.

Setelah 16 September tidak menjadi, Anwar telefon saya jam 3 pagi 19 September 2008. Anwar pujuk saya supaya sign SD sokong dia jadi PM ganti Pak Lah.

Dia beritahu saya, “Puad, i have enough numbers. It’s going to happen. 25 September kerajaan BN akan tumbang”.

Dari 16 September ubah kepada 25 September. Sekarang tarikh pun dia tidak berani umumkan. Siapa nak percaya Anwar?

Tapi mungkin ada seorang YB yang akan percaya dan ikut Anwar Ibrahim iaitu Mohamaddin Ketapi.

Itu pun kalau dia tidak ditembak jatuh oleh undi rakyat pada 26 September ini. Semoga nasibnya tidak tidak sama seperti ayam dan anjing yang ditembak oleh kereta kebal.

Dr Mohd Puad Zarkashi