Berita

Hisahmmuddin Bendahari BN, Tg Adnan Kekal Bendahari UMNO – Zahid

Selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN), setelah berunding dengan Presiden-Presiden Parti dalam komponen BN, saya ingin mengumumkan perkara-perkara seperti berikut:-

Suatu rombakan kecil dalam kepimpinan BN telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur Organisasi BN.

Dengan ini saya telah melantik YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Husein selaku Bendahari Agung BN yang baharu. YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor masih kekal dan akan terus menjalankan tugas-tugas selaku Bendahari UMNO Malaysia.

Barisan Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor atas segala jasa dan peranan beliau selaku Bendahari Agung Barisan Nasional.

Tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein. Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya.

AHMAD ZAHID HAMIDI
PENGERUSI BARISAN NASIONAL

23 Oktober 2020