Aktiviti & Komuniti

Utamakan Kesihatan, Terus Patuhi SOP Demi Kesejahteraan Bersama

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa mengambil berat soal keselamatan dan kesihatan warga setempat dalam memastikan kesejahteraan sentiasa dicapai.

Lantaran itu, beliau melalui sukarelawan Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya telah mengedarkan pelitup muka kepada orang ramai khususnya para jemaah yang bakal menunaikan solat Jumaat, di masjid dan sirau-surau Jumaat di sini.

Sebagai pemimpin berjiwa rakyat, Tengku Adnan memandang serius isu pematuhan SOP dan menyarankan agar rakyat sentiasa melakukan kawalan kendiri serta arahan kerajaan tidak boleh dipandang ringan khususnya di tempat awam.

Dilaporkan, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini. – UMNOPutrajaya