COVID-19: Syukur… Terima Kasih ‘Ketua Kampung’
PUTRAJAYA – Masyarakat Putrajaya menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatinan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih disenangi dengan panggilan ‘ketua kampung’ yang sentiasa prihatin dengan keadaan rakyat.
Menurut penduduk tempatan, kesungguhan Tengku Adnan dalam usaha membantu rakyat bukanlah satu perkara baharu malahan sikap kepimpinan yang mesra rakyat sememangnya sudah sebati dengan masyarakat setempat sejak beliau bergelar wakil rakyat Putrajaya dan ia digerakkan lebih aktif lagi ketika pelaksanaan PKP ekoran COVID-19.
Bagi Salzeli Md Salim, beliau yang telah menerima bantuan berbentuk makanan iaitu asas dalam menu seharian khususnya beras melahirkan penghargaan atas sumbangan yang diagihkan.
“Alhamdulillah, saya sudah terima… terima kasih banyak KuNan dan semua yang terlibat,” katanya.
Penghargaan yang sama turut diluahkan oleh Mohd Zikri Ramli yang menganggap usaha yang dilakukan oleh Tengku Adnan untuk rakyat Putrajaya adalah sesuatu yang terbaik.
“Terbaik Tengku Adnan Tengku Mansor… semoga segala urusan dipermudahkan…. Hidup UMNO – kini dulu dan selamanya…,” katanya penuh bersemangat.
Begitu juga dengan Wan Mohd Adha yang menjadi komuniti di Presint 15 turut bersyukur atas sumbangan makanan yang sememangnya amat diperlukan pada ketika ini.
“Terima kasih KuNan. Juga terima kasih kepada Ketua Pemuda Dr Tengku Iqbal dan Naib Ketua Pemuda serta jenteranya yang telah menjadi pemudahcara,” katanya.
Sabtu lalu, anggota Pemuda UMNO Putrajaya yang diketua oleh Dr Tengku Iqbal Munawwir telah menjadi jentera penting dalam menyampaikan agihan barangan keperluan makanan kepada masyarakat Putrajaya yang digerakkan secara berperingkat mengikut kawasan-kawasan agihan.
Sumbangan makanan khususnya beras di samping bingkisan ‘beg kasih’ berisi makanan keperluan asas seperti kopi, teh, milo, susu, biskut dan lain-lain. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.