Demi Warga Putrajaya… Sumbangan Dihulur Ringankan Beban
PUTRAJAYA – Warga Putrajaya pelbagai lapisan berterusan mendapat bantuan yang disumbangkan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian tempatan atau lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’.
Sumbangan berupa barangan keperluan makanan asas tersebut disampaikan secara berperingkat mengikut kawasan masing-masing dengan disalurkan menerusi kepimpinan sub zon dan ketua Cawangan UMNO masing-masing.
Inisiatif berterusan yang dilaksanakan melalui Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya ini antara fokus utamanya adalah memastikan tidak ada individu yang melarat dan kesusahan apatah lagi dalam keadaan tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) masih berlangsung.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini akan dapat meringkan beban masyarakat dan warga Putrajaya juga dapat terus memberikan sokongan kepada kepimpinan ;ketua kampung’. – UMNOPutrajaya