Pastikan UMNO Wilayah Persekutuan Terus Mantap
KUALA LUMPUR, 4 Nov – UMNO adalah parti yang sentiasa relevan dalam memperjuangkan nasib bangsa bersandarkan kepada prinsip keadilan, kesaksamaan dan kesejahteraan dengan menjunjung prinsip demokrasi dan Raja berpelembagaan.
Oleh sebab itu, Perjuangan UMNO perlu terus dimantapkan dengan ahli-ahli UMNO hendaklah memberikan sepenuh perhatian terhadap senario semasa dengan keazaman untuk terus memperkasakan hala tuju parti walau apa juga keadaan termasuk dalam keadaan pandemik COVID-19.
Lantaran itu, mesyuarat Jawatankuasa UMNO Wilayah Persekutuan telah dilaksanakan di PWTC, hari ini sebagai usaha agar UMNO tetap segar malar.
Mesyuarat yang berlangsung dengan lancar ini telag dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Semoga semua usaha yang dilaksana akan membuahkan hasil dan UMNO akan tetap teguh di hati rakyat. – UMNOPutrajaya