Ayuh Terus Patuhi SOP… Putuskan Rangkaian COVID-19
PUTRAJAYA – Warga Putrajaya diseru untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) terutama di kawasan awam bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 terus meningkat.
Sebagai langkah sokongan kepada warga Putrajaya agar tetap mematuhi arahan dan memakai pelitup muka, Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya telah mengedarkan pelitup muka kepada orang ramai yang antaranya di tapak pasar malam di sini.
Langkah tersebut dilaksana hasil ilham ketua kampung atau Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai antara usaha agar warga Putrajaya kekal sihat dan selamat.
Antara pesanan lain Tengku Adnan untuk penduduk Putrajaya ialah sentiasa disiplin untuk mengurangkan pergerakan, menyentuh barangan dan sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman khususnya kebersihan tangan, mata dan hidung kerana wabak COVID-19 boleh merebak menerusinya. – UMNOPutrajaya