Berita

Intipati Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

• Belanjawan 2021 dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi

• Kerajaan bercadang menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 billion untuk membiayai pakej bantuan tambahan KITA PRIHATIN

• Sejumlah RM1 bilion akan diperuntukkan lagi tahun hadapan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19

• Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius dinaikkan kepada RM8,000 daripada RM6,000

• Bantuan RM1,200 diberi kepada isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak

• Kerajaan komited dapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya melalui penyertaan COVID-19 Vaccine Access (COVAX) dengan jangkaan kos bekalan vaksin melebihi RM3 billion.

• Kerajaan akan naikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000.

• Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan kepada RM8,000.

• Baucar RM50 diberikan kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang untuk produk termasuk takaful hayat dan kemalangan diri

• Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar dinaikkan kepada RM500, manakala kadar elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM450.

• Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang memanfaatkan 8.1 juta orang melibatkan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima BSH (peruntukan RM5 bilion).

• Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan terima bantuan RM1,200, manakala yang mempunyai dua orang anak atau lebih terima bantuan RM1,800.

• Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 akan terima bantuan BPR RM800, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih terima bantuan RM1,200.

• Isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 yang mempunyai seorang anak terima bantuan RM5,000, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih terima RM750.

• Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima bantuan RM350 dengan syarat had umur individu bujang diturunkan daripada 40 tahun sebelum ini kepada 21 tahun.

• Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas untuk memperkasa usahawan wanita.

• Program bimbingan kepada lebih 2,000 usahawan wanita akan disalurkan melalui Program Pembangunan
Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe).

• Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM500 juta pada 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).

• Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat pindah milik dan perjanjian rumah bagi pinjaman pembelian kediaman rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.

• Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan selama lima tahun lagi.

• RM1 bilion disediakan sebagai pakej galakan pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi.

• Dana teknologi tinggi bernilai RM500 juta akan disediakan oleh Bank Negara Malaysia bagi menyokong syarikat sektor teknologi tinggi dan berinovasi.

• Melonggarkan syarat galakan cukai bagi hab Prinsipal dan melanjutkannya sehingga 31 Disember 2022.

• Pengenaan kadar cukai bagi penubuhan ‘global trading centre’ (pusat perdagangan global) pada kadar konsesi 10 peratus bagi tempoh lima tahun.

• Menaikkan had nilai jualan bagi aktiviti tambah nilai dan aktiviti tambahan yang dijalankan di Zon Perindustrian Bebas dan gudang pengilangan berlesen daripada 10 peratus kepada 40 peratus daripada nilai jualan.

• Kadar cukai istimewa kepada syarikat pengilang terpilih untuk memindahkan perniagaan ke Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022.

• Skim Pembangunan Nasional bernilai RM1.4 bilion oleh Bank Pembangunan Malaysia diperkenalkan bagi menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik.

• Skim pembangunan maritim, logistik, skim pembiayaan pembangunan mampan, skim infrastruktur pelancongan dan dana pengangkutan awam akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 dengan dana sebanyak RM3.3 bilion.

• Kemudahan bantuan pemulihan bersasar bernilai RM2 bilion di bawah Bank Negara Malaysia akan diperkenalkan melalui pinjaman daripada institusi perbankan.

• RM100 juta daripada langganan sukuk PRIHATIN untuk menjalankan penyelidikan penyakit berjangkit merangkumi pembangunan vaksin serta kajian rawatan dan diagnostik.

• RM20 juta telah diperuntukkan untuk meneruskan program pemilikan sijil minyak sawit mampan bagi merancakkan pertumbuhan dan meningkatkan daya saing industri sawit.

• Geran padanan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi.

• Kerajaan akan meningkatkan jaminan sehingga RM10 bilion di bawah syarikat jaminan pembiayaan perniagaan dengan peruntukan RM2 bilion khusus untuk usahawan Bumiputera.

• RM3 bilion dikhususkan untuk syarikat berkemahiran tinggi seperti minyak dan gas serta aeroangkasa.

• Belanjawan 2021 dijajarkan kepada keutamaan dasar Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

• Jumlah perbelanjaan keseluruhan 2020 dianggarkan sebanyak RM314.7 bilion, meningkat RM17.7 bilion berbanding unjuran asal.

• Defisit fiskal bagi 2020 dianggarkan meningkat kepada 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding sasaran asal 3.2 peratus.

• Kutipan hasil kerajaan bagi 2021 dijangka meningkat kepada RM236.9 bilion.

• Belanjawan 2021 merupakan belanjawan yang bersifat mengembang.

• Perbelanjaan bagi 2021 merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah dengan nilai sebanyak RM322.5 bilion.

• Kerajaan memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan
pembangunan dan RM17 bilion bagi simpanan luar jangka.

• RM50 juta diberikan sebagai akses pembiayaan kepada kontraktor pembinaan di bawah skim pembiayaan kontrak ekspres.

• RM15 bilion disediakan bagi membiayai antaranya Lebuhraya Pan Borneo, Landasan berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang (Fasa Pertama).

• Projek lain akan diteruskan seperti Sistem Transit Rapid dari Johor Bharu ke Woodlands, Singapura dan Laluan 3 Transit Aliran Massa (MRT3) di Lembah Klang.

• Kerajaan akan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dijangka dapat menjana kesan pengganda kepada ekonomi negara.

• Kerajaan akan menerbitkan Bon Kelestarian pertama negara bagi tujuan alam sekitar dan sosial pada 2021.

• Pengecualian cukai pendapatan sedia ada bagi geran Sukuk Hijau Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab diperluas kepada semua jenis sukuk dan bon.

• Pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 2025.

• Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 3.0 diteruskan dengan saiz dana RM2 bilion selama dua tahun sehingga 2022. – BERNAMA