Keprihatinan Berterusan… Tengku Adnan Bela Nasib Warga Putrajaya
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merealitikan keprihatinan beliau dengan kesungguhan bagi memastikan setiap anggota masyarakat mendapat pembelaan.
Lantaran itu, gerakan berterusan menyusur warga Putrajaya yang ditimpa kesusahan sentiasa dilaksana dan usaha segera melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrjaya digerakkan bagi menyampaikan sumbangan.
Inilah manifestasi pemimpin yang mahu setiap kesulitan rakyat diatasi bersama-sama agar yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.
Ketua Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Abd Rahaman bersama anggotanya telah berkunjung ke rumah Puan Eliah dan Puan Aznor yang terlantar sakit bagi menyampaikan bantuan dari ‘ketua kampung’.
Dalam sumbangan kali ini, bantuan tilam telah diberikan di samping barangan keperluan dapur sebagai usaha meringankan beban mereka.
Sesungguhnya, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun dengan sumbangan dan sokongan moral yang diberi diharapkan agar ia akan dapat menceriakan dan menyuntik semangat untuk meneruskan perjuangan.
Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka yang uzur dan diangkat kesulitan pada mereka yang dilanda musibah. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.