Selamat Menyambut Deepavali… Patuhi PKPB Untuk Keselamatan Bersama
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada mereka yang beragama Hindu.
Katanya, perayaan kali ini tentunya amat berbeza kerana sambutan seperti tahun-tahun yang lalu tidak dapat diadakan lantaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Biarpun jumlah masyarakat India di Putrajaya dalam 1,000 orang namun kebersamaan dalam satu keluarga besar di Putrajaya tidak menafikan perbezaan bangsa dan agama sebaliknya kesejahteraan bermasyarakat sentiasa dipelihara.
“Apatah lagi, negara ini adalah masyarakat majmuk yang secara tradisinya kita akan meraikan apa-apa perayaan bersama-sama biarpun berlainan bangsa, berbeza budaya dan agama.”
Dalam masa yang sama, beliau menyeru semua individu untuk terus patuhi SOP sepanjang PKPB ini.
“Wilayah Persekutuan telah diwartakan sebagai zon merah maka kita perlu utamakan keselamatan dan kesihatan termasuklah dalam hari-hari perayaan sedemikian,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.