Pemuda UMNO Putrajaya Teruskan Khidmat Bakti… Agih Sumbangan Dari ‘Ketua Kampung’
PUTRAJAYA – Keperitan masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian sentiasa menjadi perhatian Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyedari bahawa bantuan mesti segera disalurkan.
Sehubungan itu, anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Dr Tengku Iqbal Munawwir turun padang menyemai khidmat bakti dengan membawa bantuan dari ‘ketua kampung’ berupa barangan makanan khususnya beras untuk diagihkan kepada penduduk setempat.
Sememangnya langkah sedemikian tidak asing kepada jentera Pemuda UMNO Putrajaya dalam menjadi pemudahcara bagi menyampaikan bantuan terus kepada pengundi di Putrajaya.
Ini adalah selaras dengan aplikasi gerak kerja berterusan dan bantuan kepada rakyat yang terjejas ekoran terjejas akibat pandemik COVID-19 yang masih menular.
Selain beras turut disalurkan ialah bingkisan ‘beg kasih’ berisi makanan keperluan asas seperti kopi, teh, milo, susu, biskut dan lain-lain.
Terdahulu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya yang sepatutnya tamat pada 9 Nov lalu disambung serentak dengan penguatkuasaan PKPB di tujuh negeri lain di Semenanjung hingga 6 Dis depan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.