Aktiviti & Komuniti

Veteran Putrajaya Perhalusi Gerak Kerja, Libatkan Diri Bersama Komuniti

PUTRAJAYA – Veteran Putrajaya sepakat untuk terus bergiat aktif dalam memastikan keterlibatan anggotanya dalam komuniti setempat.

Hal tesebut diambil sebagai langkah untuk turit serta melaksanakan usaha bagi mengaplikasi apa-apa perkara ke arah kesejahteraan dan kelestarian warga Putrajaya keseluruhannya.

Atas usaha tersebut, mesyuarat dilaksana dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Veteran Putrajaya Datuk Nordin Hassan bersama para ahli jawatankuasanya yang turut dihadiri oleh Pengerusi Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman.

Mesyuarat yang telah berlangsung dengan jayanya ini disempurnakan di Anjung Bestari Fasa 4B Presint 8 Putrajaya.

Banyak perkara turut dibincangkan dan diperhalusi termasuk menghadiri mesyuarat di peringkat pusat yang akan diadakan tidak lama lagi, selain program-program dan gerak kerja berterusan. – UMNOPutrajaya