Aktiviti & Komuniti

Terima Kasih ‘Frontliners’, Jasa Kalian Tidak Ternilai

PUTRAJAYA – Golongan barisan hadapan adalah antara anggota terpenting dalam menangani penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih berlarutan.

Lantaran itu, usaha bagi memastikan golongan terbabit mendapat pembelaan dilaksana dalam pelbagai cara sebagaimana UMNO Bahagian Putrajaya menghargai keberadaan mereka yang bertungkus lumus berjuang agar Putrajaya kembali bebas COVID-19.

Dalam hal ini, sumbangan barangan berbentuk makanan asas khususnya beras diberikan kepada mereka sebagaimana amanat oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih sinonim dengan panggilan ‘ketua kampung’.

Untuk tujuan tersebut, penyampaian barangan telah dilakukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Tengku Iqbal Munawwir sebagai pemudahcara dalam memastikan setiap barangan diterima terus ke tangan mereka.

Sesungguhnya jasa, perjuangan dan pengorbanan anggota barisan hadapan tanpa mengira penat lelah yang berjuang menentang ‘musuh negara’ dalam memastikan ibu pertiwi bebas ancaman virus COVID-19 amat besar dan tidak dapat dinilai dengan apapun. – UMNOPutrajaya